medical u oversea diiktiraf jpa ;)

medical u oversea diiktiraf jpa ;)
1. klik imej di atas 2. perubatan 3. cari 4. walla!

Thursday, July 1, 2010

bukan sekadar free edu malahan global...

Pelajar MSU timba pengalaman di Vietnam


2010/07/02
DALAM usaha usaha melahirkan graduan berdaya saing dengan memiliki kemahiran insaniah membanggakan, Management & Science University (MSU) menganjurkan lawatan sambil belajar dan khidmat masyarakat di bandar raya Ho Chi Minh, Vietnam, baru-baru ini.

Program siri ke-9 anjuran pelajar Faculty of Business Management & Professional Studies (FBMP), MSU sebelum turut mengadakan siri lawatan ke beberapa negara serantau antaranya Bali, Bandung, Vietnam, Kemboja dan Hong Kong.
Pengarah projek, Danisha Kaur, berkata program yang dikenali sebagai “Eclipse of Wisdom, A Global Challenge” itu adalah projek khidmat komuniti yang mendedahkan peserta kepada program kebajikan peringkat antarabangsa.
Katanya, lawatan tiga hari itu disertai 38 pelajar program Bachelor International Business dan dua pensyarah.

Program itu juga katanya, bertujuan menyedarkan peserta mengenai pentingnya hubungan antara pelajar dan masyarakat antarabangsa selain merapatkan hubungan antara Malaysia dan Vietnam.

“Sepanjang berada di Ho Chi Minh, pelajar melawat beberapa kawasan bersejarah seperti `Notre Dame de Saigon’ yang dibina ketika era penjajahan Perancis, `Statue of Ho Chi Minh’, `Phuang Nam Lacquer War’ dan `Cu Chi Tunnel’

“Semua lokasi berkenaan menjadi medan tempur ketika perang Vietnam dan pusat operasi tentera Viet Cong sekitar 1968,” katanya.
Danisha berkata, ketika melawat komuniti Islam di Ho Chi Minh, kumpulan pelajar mengunjungi masjid tertua yang dibina pada 1953 iaitu Masjid Jamek Ho Chi Minh serta rumah anak yatim Madrasah Al-Nur.

Pelajar katanya, menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian.

Sementara itu, Nik Nur Atiqah Nik Muhamad Ghazali, berkata dia gembira kerana berpeluang menyertai program itu.

Pendedahan itu katanya, memberinya peluang meningkatkan pengetahuan dan memperkasakan kemahiran insaniah sebagai persiapan berdepan masyarakat sebaik menamatkan pengajian.

“Kunjungan ini membuka mata melihat dengan lebih dekat isu masyarakat setempat terutamanya di Ho Chi Minh,” katanya.

No comments:

Post a Comment