medical u oversea diiktiraf jpa ;)

medical u oversea diiktiraf jpa ;)
1. klik imej di atas 2. perubatan 3. cari 4. walla!

Tuesday, April 19, 2011

www.superneuron.com.my

Main & belajar

Oleh Hafiz Ithnin
bisnes@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MUNGKIN sains adalah antara subjek yang sukar mendapat tempat di hati pelajar disebabkan perlu menghafal dan memahami setiap teori dan formula yang terkandung dalam buku teks subjek berkenaan.

Menyedari masalah itu, Kamil Learning & Consultancy (KLC) mengeluarkan produk permainan Superneuron iaitu papan permainan berasaskan pendidikan Sains untuk pelajar tahun empat hingga enam sekolah rendah yang dibangunkan sendiri anak tempatan.


Pengarah Urusannya, Mohd Kamil Idris berkata, produk yang mula dipasarkan pada Mei tahun lalu itu mencatat jualan memberangsangkan dan kini KLC bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh memperluaskan pasaran terutama di sekolah.

“Produk ini disasarkan kepada sekolah rendah sebagai persediaan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Ia memudahkan pelajar menghafal sambil bermain.


“Permainan ini mengandungi kad soalan dan topik berserta jawapan yang sudah disemak serta disahkan oleh guru pakar Sains Kementerian Pelajaran Malaysia,” katanya. Beliau berkata, produk yang berharga RM79 seunit itu mendapat sambutan daripada pihak sekolah dan diedarkan oleh 20 ejen yang berdaftar di bawah syarikatnya. “Kita sedang berusaha untuk menghabiskan stok sedia ada dengan harga promosi RM59 seunit sebelum ia diulang cetak dalam masa terdekat,” katanya sambil menambah maklumat mengenai produk boleh didapati di www.superneuron.com.my.


KLC juga merancang mengeluarkan pelbagai papan permainan berasaskan subjek pelajaran sekolah antaranya Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selain subjek yang terdapat dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) seperti Bahasa Arab dan Sirah.