medical u oversea diiktiraf jpa ;)

medical u oversea diiktiraf jpa ;)
1. klik imej di atas 2. perubatan 3. cari 4. walla!

Monday, March 12, 2012

menarik... sebarkan, tq.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LulusanSPMcemerlanglayakbelajardiPerancis/Article
Pendidikan

Lulusan SPM cemerlang layak belajar di Perancis


2012/03/12

LULUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang mendapat keputusan cemerlang berpeluang mendapat biasiswa penuh untuk meneruskan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Perancis.

Biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Telekom Malaysia, PETRONAS dan MARA bermula dengan program prauniversiti.
Penolong Pengarah Pusat Universiti Malaysia-Perancis (MFUC), Yananorfariza Yahya, berkata ada dua pilihan program prauniversiti iaitu program setahun dijalankan sepenuhnya di Perancis dan pelajar akan berangkat ke negara berkenaan Julai ini.
Pilihan kedua, katanya, ialah Program PraPerancis di Universiti Kuala Lumpur-Malaysia France Institute (UniKL-MFI) selama dua tahun.

Beliau berkata, sesi pengajian bagi program PraPerancis UniKL-MFI di Bandar Baru Bangi juga bermula pada Julai ini.

“Untuk memohon biasiswa ini, lulusan SPM tidak perlu mempunyai asas bahasa Perancis kerana mereka yang berjaya dikehendaki mengikuti kursus bahasa Perancis secara intensif.

“Syarat minimum untuk memohon ialah 8A dalam SPM dan pelajar hendaklah memohon menerusi laman web penaja,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Yananofariza berkata, biasiswa tajaan JPA, Telekom Malaysia dan MARA untuk bidang kejuruteraan manakala PETRONAS juga membiayai pelajar yang ingin mengikuti program dalam bidang perniagaan dan kewangan, selain kejuruteraan.

Katanya, selepas mengikuti program prauniversiti sama ada selama setahun atau dua tahun, pelajar akan memasuki institut universitaire de technologie (IUT) untuk program pengajian selama dua tahun.

Beliau berkata, selepas menamatkan pengajian di mana-mana IUT, mereka akan meneruskan pengajian setahun lagi untuk mendapat ijazah sarjana muda (licence) dan kembali ke tanah air untuk bekerja atau menyambung pengajian selama dua tahun lagi untuk mendapat sarjana.

“Graduan cemerlang dari IUT akan terpilih ke grande ecole, iaitu pusat pengajian elit dan mereka akan menerima ijazah sarjana.

“Bagi graduan grande ecole kejuruteraan, mereka juga akan menerima diplome d’ingenieur atau kelayakan profesional yang dipandang tinggi di Perancis,” katanya.

Biasiswa ijazah sarjana kata Yananofariza, merangkumi yuran pengajian dan kos sara hidup, berjumlah kira-kira 1,000 Euro sebulan.

Beliau yang juga graduan dari institusi di Perancis berkata, jika pelajar memilih tinggal di luar kampus, jumlah itu cukup untuk menampung kos sewa rumah, pengangkutan dan makanan.

“Kerajaan Perancis memberi pulangan atau rebat sehingga 60 peratus bagi pelajar yang menyewa rumah,” katanya.