medical u oversea diiktiraf jpa ;)

medical u oversea diiktiraf jpa ;)
1. klik imej di atas 2. perubatan 3. cari 4. walla!

Thursday, May 17, 2012

IMS (mara) vs IMU (ptpTIPU)... lolz


Pendidikan

MSU penuhi keperluan pakar perubatan negara


2012/05/18

SEBAHA GIAN daripada pelajar perubatan menjalani latihan.
SEBAHA GIAN daripada pelajar perubatan menjalani latihan.
Kampus utama, Bangalore sedia kurikulum sama 

MANAGEMENT and Science University (MSU) melalui International Medical School (IMS) menawarkan program perubatan MBBS dengan matlamat untuk menjana ramai pakar perubatan untuk membantu kerajaan mencapai matlamat meningkatkan pembangunan modal insan dalam bidang berkenaan.
MSU menawarkan program Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) yang ditawarkan di kampus utamanya di MSU di Shah Alam serta di kampus pesisir antarabangsa MSU di Bangalore, India. Program ini sebagai menyahut seruan kerajaan ke arah mengantarabangsakan pendidikan Malaysia di arena global.
Program lain yang turut ditawarkan ialah program ijazah dan diploma dalam bidang Medical Sciences atau Sains Perubatan. 

Pemilihan Bangalore sebagai lokasi pilihan kampus pesisir antarabangsa MSU untuk menubuhkan sekolah perubatannya kerana bandar raya ini mewarisi kekayaan India di segi kepakaran dalam bidang pendidikan perubatan serta teknologi maklumat. 

“Kurikulum pengajian perubatan yang digunakan adalah sama walaupun ditawarkan di dua tempat berbeza iaitu di kampus utama dan di kampus pesisir. Walau bagaimanapun, pelajar yang mengikuti pengajian di Bangalore akan mendapat pendedahan antarabangsa dengan suasana pembelajaran berbeza,” kata Dekan, IMS, Prof Dr Normalina Mansor. 

Beliau berkata, IMS menerima kelulusan penubuhannya daripada Malaysia Medical Council (MMC) dengan menitikberatkan kualiti pendidikan serta menggunakan kurikulum dipersetujui majlis perubatan berkenaan serta majlis perubatan negara lain. 
Katanya, MSU yakin dapat memberi sumbangan besar dan bermakna dalam membantu negara mencapai sasaran nisbah seorang doktor untuk setiap 600 penduduk menjelang 2020. 

Program MBBS di IMS mengambil masa lima tahun. Selepas tamat pengajian, pelajar perlu mendaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan akan ditempatkan di hospital awam di seluruh Malaysia di bawah pengawasan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memenuhi tuntutan housemanship selama dua tahun. 

Pengambilan pelajar baru program MBBS di IMS ditawarkan pada Mei dan Oktober setiap tahun. Program ini dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Foundation MSU, diploma, A-Level dan matrikulasi. 

Pelajar yang berminat mengikuti program MBBS di MSU wajib mendapat keputusan cemerlang dan calon yang berkelayakan juga perlu menduduki “Medical Entrance Test” (MET) 

Untuk maklumat lanjut berkenaan program MBBS atau program lain yang ditawarkan di MSU, sila hubungi Jabatan Kaunseling & Komunikasi di talian 03-5521 6868, sms dengan menaip MSUINFOnama dan emel kepada 019-3419152/016-356 8251/012-249 6551 atau layari laman sesawang www.msu.edu.my