medical u oversea diiktiraf jpa ;)

medical u oversea diiktiraf jpa ;)
1. klik imej di atas 2. perubatan 3. cari 4. walla!

Wednesday, July 7, 2010

setakat rm2 k, nenek wa pong boleh bayar, wahai enakmen neraka...

Pasangan khalwat didenda RM1,800


2010/07/08
LANGKAWI: Seorang pengurus besar kanan sebuah syarikat swasta dan teman wanitanya yang juga pengurus perhubungan media syarikat itu, dijatuhi hukuman denda RM1,800 selepas mengaku bersalah kerana berkhalwat.

Tertuduh, Ismail Rusmin, 40, dan pasangannya, Balqesh Abdullah, 35, dituduh mengikut Seksyen 9 (1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkhalwat di sebuah bilik hotel di Pekan Kuah, di sini, jam 3 petang kelmarin.
Mengikut seksyen itu, mereka boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Sheikh Bisyamudin Azhar Baharom menjatuhi hukuman denda RM1,800 terhadap setiap tertuduh dan mereka membayar denda berkenaan.

Berdasarkan fakta kes yang dibacakan oleh Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Jamil Abdullah, sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi menyerbu sebuah bilik di hotel berkenaan dan menda-pati pintu biliknya berkunci dari dalam.

Katanya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang tidak berbaju dan hanya berseluar jeans membuka pintu serta membenarkan anggota penguatkuasa masuk membuat pemeriksaan di bilik itu.

Hasil pemeriksaan menemui seorang wanita sedang berbaring dan berselimut di atas katil di bilik berkenaan. Pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti hubungan mahram atau suami isteri, katanya.

No comments:

Post a Comment