medical u oversea diiktiraf jpa ;)

medical u oversea diiktiraf jpa ;)
1. klik imej di atas 2. perubatan 3. cari 4. walla!

Thursday, March 17, 2011

2 + 1

MSU bantu Eiffa ke La Trobe University


2011/03/18

"Berada di perantauan serta jauh daripada keluarga di tanah air tidak menghalang untuk saya terus fokus kepada pelajaran. Sebaliknya menguatkan azam untuk memperoleh keputusan cemerlang," jelas Eiffa Assyadea Mohd Razali, 22.

Anak muda kelahiran Kuala Terengganu itu adalah antara enam pelajar Management & Science University (MSU) yang bakal meneruskan pengajian tahun akhir di La Trobe University, Melbourne, Australia dalam bidang perakaunan, Faculty of Law & Management.
Sebelum ini beliau adalah pelajar tahun dua Bachelor in Accountancy di MSU. Peluang yang ditawarkan itu perlu dimanfaatkan dengan belajar bersungguh-sungguh.
Pengalaman pertama ke Australia begitu membanggakan. Kesempatan itu akan digunakan sebaik mungkin.

“Terima kasih kepada MSU, tenaga pengajarnya serta penaja saya, MARA yang banyak menyumbang dalam kejayaan saya,” kata bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Beseri, Perlis.

Menurutnya lagi, segala ilmu yang diperoleh daripada pensyarah berkaliber di MSU, menambahkan keyakinannya untuk terus cemerlang dalam pengajian.
Baginya MSU menyediakan landasan lengkap dan kini terpulang kepada dirinya mengemudi untuk terus melakukan yang terbaik.
“Saya bersyukur kerana keluarga membantu terutama ibu yang menjadi pendorong serta contoh dalam kejayaan saya’” kata Eiffa Assyadea.

Berpegang kepada prinsip “The biggest room in the world is the room for improvement”, dia menjelaskan, penglibatannya dalam aktiviti anjuran universiti membantu memperlengkapkan diri dengan kemahiran insaniah yang akan membantunya menyesuaikan diri dalam apa juga situasi.

La Trobe University terletak di bandaraya Melbourne adalah rakan universiti MSU melalui Unit Pertukaran Pelajar Antarabangsa atau ISEP.

Sehingga kini MSU mempunyai lebih empat puluh universiti luar negara sebagai pilihan pelajarnya yang berminat menyambung pengajian hingga peringkat antarabangsa.

Maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan di MSU, sila hubungi Counseling & Communication department, ditalian 03-55216868, sms dengan menaip MSUINFOnama dan emel kepada 019-341 9152/016-356 8251/012-249 6551 atau layari www.msu.edu.my

No comments:

Post a Comment