medical u oversea diiktiraf jpa ;)

medical u oversea diiktiraf jpa ;)
1. klik imej di atas 2. perubatan 3. cari 4. walla!

Wednesday, June 30, 2010

patut dari dulu lagi...

PDAB beri harapan 500 pelajar miskin
Oleh Betty Subaryati dan Suriana Halim Tan
bhnews@bharian.com.my
2010/06/30
Dapat peluang ikuti pradiploma di UiTM

KOTA BHARU: Program Destini Anak Bangsa (PDAB) diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memberi harapan kepada 500 pelajar miskin di negeri itu untuk membina masa depan lebih baik menerusi tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang.
Pelajar terbabit diberi peluang mengikuti kursus pradiploma selama enam bulan menerusi sesi pengajian bermula Julai ini, sebelum berpeluang melanjutkan pengajian peringkat diploma.
Mereka dipilih menerusi senarai dikeluarkan pihak sekolah, selain usaha pemimpin masyarakat setempat membantu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Seorang daripada pelajar terbabit, Wan Noorbaini Wan Ngah, 18, berkata dia gembira dengan peluang kedua yang diberi kerajaan untuk membolehkannya melanjutkan pengajian walaupun bermula dengan pradiploma.

“Walaupun bermula dengan pradiploma, saya tetap gembira kerana boleh melanjutkan pelajaran ke IPTA sekali gus berpeluang mencapai cita-cita saya,” kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tumpat ketika ditemui selepas majlis penyampaian surat tawaran kepada kira-kira 300 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Mas, dekat sini, semalam.

Bekas pelajar SMK Geting, Nik Mohamad Azizom Nik Mat, 18, berkata kesedihannya akibat gagal mendapat tempat di IPTA terubat apabila pihak sekolah menghubunginya menawarkan peluang menyertai PDAB dan memilih jurusan pradiploma Sains di UiTM Machang.
Di DUNGUN: Seramai 140 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan menerima tawaran melanjutkan pengajian peringkat pradiploma di UiTM Dungun, bagaimanapun hanya 105 pelajar yang mendaftar dengan 80 daripadanya pelajar perempuan.

Bekas pelajar SMK Sri Dungun, Nasratul Fadhilah Dazuki, 18, berkata dia tidak menyangka berpeluang melanjutkan pengajian ke universiti kerana keluarganya kurang berkemampuan berikutan bapa hanya bekerja sebagai buruh binaan, selain keputusan SPM lemah.

Wan Nor Halina Wan Ahmad, 18, dari SMK Ibrahim Fikri, yang hanya memperoleh 1A, 3B, 1C, 2D dan 2E terharu kerana mendapat peluang melanjutkan pengajian di UiTM dan berterima kasih kepada kerajaan kerana tidak meminggirkan golongan kurang berkemampuan sepertinya.

Bekas pelajar SMK Jerangau, Maisarah Mamat, 18, berkata, dia bercita-cita melanjutkan pengajian ke universiti, tetapi tidak layak selepas mendapat keputusan 4B, 2D dan 2E dalam SPM lalu.

“Saya anak bongsu dari dua beradik dan satu-satunya anak yang dapat melanjutkan pengajian ke universiti walaupun keputusan SPM kurang baik.

“Abang hanya tamat sekolah dan bekerja kampung, jadi sayalah satu-satunya harapan keluarga sekarang dan saya tidak akan mensia-siakan peluang ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd Fatmi berkata, PDAB dilaksanakan dengan peruntukan kira-kira RM1 juta bagi membiayai pengajian kira-kira 5,000 pelajar miskin lepasan SPM seluruh negara di UiTM dalam kursus Pra-Perdagangan, Pra-Sains dan Pra-Perakaunan.

No comments:

Post a Comment