medical u oversea diiktiraf jpa ;)

medical u oversea diiktiraf jpa ;)
1. klik imej di atas 2. perubatan 3. cari 4. walla!

Wednesday, June 30, 2010

pun free?

Sasar 60,000 pekerja miliki SKM setiap tahun


2010/06/30
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran mensasarkan kira-kira 60,000 pekerja yang sudah berada di pasaran kerja akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) setiap tahun bagi mencapai matlamat kerajaan untuk menjadikan bidang kemahiran di negara ini sebagai aliran arus perdana.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, SKM yang dikendalikan Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia ketika ini diperluaskan dan ia diiktiraf sebagai sijil kebangsaan serta boleh digunakan untuk memohon pekerjaan.


Beliau berkata, SKM juga boleh digunakan sebagai syarat memohon masuk ke pusat pengajian selain penerimanya boleh diserap sebagai guru kemahiran sepenuh masa menerusi latihan di Institut Pendidikan Perguruan (IPG).


“Bagi melaksanakannya, kementerian akan buat iklan untuk mereka yang berminat menyertai latihan guru berkenaan dan kita akan menguruskannya melalui IPG,” katanya selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-6 Kolej Teknologi YPC-iTWEB (Kolej YPC), di sini, semalam.


Turut hadir, Pengerusi Kolej YPC, Senator Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee dan Ketua Pegawai Eksekutif YPC, Dr Noel Robert, yang menyampaikan sijil dan diploma kepada 207 graduan dalam bidang Perniagaan dan Teknologi Maklumat dan Asasi Perniagaan dan Teknologi Maklumat.


Dr Mohd Puad berkata, mereka yang sudah berada di pasaran kerja boleh membuat permohonan untuk menerima SKM dan akan dinilai sama ada layak berdasarkan kemahiran dimiliki walaupun mereka tiada kelulusan tinggi dalam bidang pelajaran.


Sementara itu, katanya, kementerian mengambil perhatian serius terhadap kejadian buli sehingga menyebabkan kematian seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (MTD) di Kem Perdana Sungai Besi baru-baru ini, seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga supaya perkara seumpama itu tidak berlaku di mana-mana sekolah di bawah naungan kementerian.


Katanya, pihaknya sekali-kali tidak berkompromi serta akan bertindak tegas kepada mana-mana pelajar yang terbabit dalam aktiviti tidak sihat termasuk membuli, ponteng kelas dan merosakkan harta benda sekolah.

No comments:

Post a Comment